OUR BELOVED LECTURER

PUAN SITI AISHAH BINTI OTHMAN

profile

SITI AFIQAH ATHIRAH BINTI MOHD TARMIZI 16DPR16F1012
PETI SURAT 26 KG HUTAN LEMBAH
02500 MATA AYER, PERLIS


SITI HANISAH BINTI MOHD SAFAR 16DPR16F1012
Peti surat 26 kg Hutan Lembah
02500 Mata Ayer, Perlis


NOR NABILAH SHAHADAH BINTI AHMAD 16DPR16F1011
Peti surat 26 kg Hutan Lembah
02500 Mata Ayer, Perlis


NUR SYAIDATUL NISHA BINTI TARMIZI 16DPR16F1010
2280, JALAN ROZHAN CHEROK TO'KUN
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG


US





SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Tuesday, 2 August 2016 @ 17:23
 Sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia telah bermula sejak abad ke 19. Penjajah British telah menguasai perak, selangor, negeri sembilan dan pahang yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu. Selepas perang dunia kedua Jepun berundur dari tanah melayu dan British kembali ke tanah melayu. Pengenalan Malayan Union pada bulan April 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tanah melayu.

Hal ini menyebabkan satu perjanjian baharu telah dibuat antara raja-raja melayu dengan penjajahan British yang dikenali sebagai perjanjuan persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini kerajaan pusat terdiri daripada seorang pesuruhjaya tinggi British, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan. Selain itu, majlis perundangan mempunyai anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi British. Hasil daripada perjanjian, telah lahir satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Selepas itu perlembagaan tersebut  dipanggil sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu. Selepas pilihan raya 1955 Parti Perikatan yang menang majaroti secara tidak langsung menjadi kerajaan. Pemerintah telah menuntut agar pihak British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London.

Dalam persidangan ini cadangan agar ditubuhkan sebuah pesuruhjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu sebagai langkah pertama kearah kemerdekaan. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England) Sir Ivor Jenning (UK) Sir William Makell (Australia) B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan daripada masalah berat sebelah. Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam, dan sebagainya. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. Persekutuan tanah melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka

Tentangan penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union


Akhbar Malayan Union



persidangan perlembagaan di London